|
TAIDIN
SUHAIMIN adalah penceramah
motivasi dan fasilitator profesional dari Sabah, Malaysia dalam bidang
motivasi, pembangunan
diri, kepimpinan, pengurusan dan komunikasi yang berpengalaman di
peringkat
antarabangsa.
Semenjak
tahun 1993, ribuan peserta
dari pelbagai lapisan dari lebih 200 buah
organisasi di Asia Tenggara
khususnya
di Malaysia, Singapura dan Brunei serta di Timur Tengah telah mengikuti
program-program latihan dan pembangunan diri dalam sesi-sesi ceramah,
seminar-seminar,
persidangan-persidangan dan kursus-kursus yang beliau kendalikan.
Beliau
pernah menyampaikan
siri-siri ceramah motivasi menerusi TV1, RTM dalam Rancangan Inspirasi
Pagi dan Radio Malaysia Sabah dalam Rancangan Motivasi Pagi.
Graduan Sains
Pengurusan (Pemasaran)
dari Lancaster University, United Kingdom; dan Diploma Pentadbiran Awam
dari Universiti Teknologi MARA, Malaysia, Encik Taidin Suhaimin
mengkhusus
dalam bidang-bidang berikut:
- Motivasi
&
Pembangunan Diri
- Kepimpinan
&
Pengurusan
- Komunikasi
&
Perhubungan Pelanggan
- Awakening
The GIANT In You!
- Membangunkan
GERGASI Dalam Diri Anda
- How
to
Speak Confidently & Effectively
in Front of Audience
- Effective
Leadership, Management
& Supervisory Skills
- Motivasi,
Teknik Belajar & Strategi
Menghadapi Peperiksaan
Merupakan
Pengasas, Pengerusi dan Ketua
Juruperunding UGMC, beliau mempunyai lebih 31 tahun pengalaman kerja
termasuk
lebih 19 tahun sebagai perunding serta penceramah motivasi dan
pembangunan
diri.
Encik
Taidin juga adalah ahli The
Malaysian
Association of Professional Speakers dan Global
Speakers Federation.
Misi beliau
adalah untuk menyumbang
ke arah pembangunan dan kejayaan diri peserta-peserta program-program
beliau
dengan menyajikan maklumat dalam suasana yang membangunkan minda,
saling
bantu-membantu serta menyeronokkan.
|