Benteng
semangat juang adalah prinsip, falsafah atau moto hidup seseorang.
Prinsip atau moto hidup adalah pegangan atau pendirian yang dijadikan
sebagai asas seseorang atau sesebuah organisasi panduan atau asas dalam
mencapai kejayaan. Antara
prinsip atau moto hidup yang boleh seseorang pegang adalah:
- "Saya percaya, saya boleh."
- "Kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya."
- "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan."
Kata-kata motivasi tersebut kesemuanya
menyeru kita agar sentiasa sabar serta cekal untuk mencapai sesuatu
kejayaan.
Lebih
mantap prinsip atau moto hidup
anda maka akan lebih meningkat dan teguhlah keyakinan diri anda. In sya
Allah.
2. Tetapkan Matlamat Hidup
Matlamat
adalah kompas kehidupan. Seseorang
yang
tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas adalah seolah-seolah meniti
kehidupannya
dalam keadaan gelap yang tidak pasti akan ke mana arah dan tujuannya. Ketidakpastian inilah yang menyebabkan
seseorang mempunyai rendah keyakinan diri.
Oleh itu, binalah haja tuju
dan matlamat
yang jelas
dalam kehidupan anda.
3. Bina Pelan Tindakan Mencapai Matlamat
Pelan Tindakan yang
jitu bukan sahaja akan membantu dan
memudahkan usaha anda untuk mencapai matlamat
anda tetapi juga akan meningkatkan keyakinan diri anda.
Pelan Tindakan yang jitu adalah pelan yang menetapkan matlamat, bila
dan
bagaimana matlamat-matlamat anda itu harus dicapai.
Pelan Tindakan juga berfungsi membantu memastikan diri anda sentiasa
bersedia dan mampu bertindak balas dengan jayanya terhadap apa juga
rintangan yang dihadapi dalam mencapai matlamat anda.
4. Sentiasa Tingkatkan Ilmu
Amalan
sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan akan membolehkan anda mengetahui
perkara-perkara
baru atau isu-isu semasa. Pengetahuan atau ilmu-ilmu baru ini
akan meningkatkan keyakinan dan keupayaan anda menangani
cabaran-cabaran semasa.
Antara cara-cara yang anda boleh lakukan untuk
meningkatkan ilmu anda
ialah dengan membaca buku-buku, membaca artikel-artikel,
menulis, menghadiri kursus atau seminar, bertukar-tukar pendapat dengan
rakan-rakan atau membuat lawatan sambil belajar.
5. Sentiasa Tingkatkan Kemahiran
Anda akan lebih yakin diri jika anda
mempunyai kemahiran yang secukupnya dalam melakukan sesuatu kerja anda.
Salah satu
sebab mengapa seseorang takut / gementar / gugup
bercakap di hadapan audiens misalnya ialah kerana mereka kurang atau
tidak
mempunyai kemahiran yang mencukupi tentang bagaimana berucap dengan
berkesan di hadapan audiens.
Salah satu cara berkesan untuk mengatasi
kegugupan, ketakutan atau
ketidakyakinan ini ialah dengan mempelajari secara
bersungguh-sungguh setiap aspek pengucapan awam sehinggalah
kemahiran
pengucapan awam itu sebati dalam diri anda. Pendekatan begini, boleh anda gunakan
untuk apa juga bidang.
6. Tingkatkan Kualiti Kesihatan Diri
Kesihatan diri kita amat berkait rapat
dengan
keyakinan diri. Jika kesihatan diri kita baik, badan kita juga akan
lebih cergas; minda juga akan turut menjadi cergas.
Jika kurang sihat atau sakit-sakit, badan kita
akan menjadi lemah serta fikiran menjadi kusut - diri dan minda
menjadi kurang bermaya. Keadaan begini sudah pasti akan
menjejaskan keyakinan diri kita.
Antara
perkara-perkara yang mesti kita lakukan secara berterusan untuk
memastikan kesihatan diri kita sentiasa dalam keadaan baik ialah dengan
berfikiran positif, menjaga
kualiti pemakanan kita, kualiti tidur / rehat (6-8) jam sehari serta
mengamalkan
pergerakan badan / senaman setiap hari (10 minit - 2 Jam).
7.
Tingkatkan Kualiti Penampilan
Diri
Anda
akan lebih yakin
diri jika anda
sentiasa dapat membuat penampilan diri yang terbaik. Memelihara
ketrampilan diri bererti juga anda menjaga kesihatan dan kekemasan diri
anda, menjaga kebersihan dan kekemasan tempat kerja anda, rumah
anda, kenderaan anda dan sebagainya.
In sya Allah. Semoga
langkah-langkah serta tip-tip yang saya nyatakan di atas berkesan untuk
kita semua.
(Hakcipta
Terpelihara) 2013, Taidin Suhaimin
TAIDIN
SUHAIMIN
adalah penceramah
profesional antarabangsa dari Sabah, Malaysia dalam bidang pembangunan
diri, pengurusan dan komunikasi. Semenjak tahun 1993, ribuan peserta
dari
pelbagai lapisan dari lebih 200 buah organisasi di Asia Tenggara dan
Timur
Tengah telah mengikuti program-program latihan beliau.
http://www.taidinsuhaimin.com