|

Pengurusan
Masa Berkesan - Rahsia Kejayaan
Oleh
Taidin
Suhaimin
"Maaf,
saya sudah lambat .........................................."
"Jika saya
masih ada masa sedikit lagi..........................."
"Saya betul-betul
minta maaf, saya terlalu banyak kerja.."
Berapa banyak
kali kah anda mendengar alasan-alasan di atas? Berapa banyak
kali kah anda mendengar pekerja-pekerja di pejabat, di rumah, di
restoran
atau di mana-mana sahaja bercakap mengenai masalah kekurangan masa?
Masa merupakan
sumber yang unik. Dari sehari ke sehari, setiap orang mempunyai jumlah
masa yang sama iaitu 24 jam; tidak lebih dan tidak kurang. Masa tidak
dapat
dikumpulkan. Masa tidak dapat ditukar ganti.
Apakah yang
membezakan antara orang-orang yang berjaya dengan yang kurang berjaya?
Albert E.N. Gray dalam eseinya "The Common Denominator of Success"
menyatakan bahawa kejayaan yang dicapai oleh orang-orang yang berjaya
bukannya
kerana kerja kuat, nasib baik atau bijak dalam selok-belok perhubungan
manusia walaupun semua itu adalah penting. Katanya: "Orang yang
berjaya mempunyai amalan membuat perkara yang mana orang gagal tidak
suka
melakukan."
Faktor
utama yang menjadi inti kejayaan orang-orang yang berjaya ialah
mereka
sentiasa mengukir amalan keberkesanan dalam hidup mereka. Mereka
sentiasa
menggunakan fikiran dan tenaga mereka untuk perkara-perkara paling
utama, yang paling berfaedah, yang memberikan pulangan maksimum.
PRINSIP
20/80
Prinsip 20/80
sangat bertepatan dengan amalan di atas. Prinsip ini telah
diperkenalkan
oleh Vilfredo Pareto, seorang ahli ekonomi Itali. Mengambil sempena
namanya,
prinsip ini juga dikenali sebagai Prinsip Pareto.
Secara
ringkasnya,
menurut prinsip ini, untuk mencapai keberkesanan pada kadar (optimum)
sekitar
80% setiap hari, minggu, bulan, tahun atau dalam seumur hidup kita,
kita
hendaklah menumpukan perhatian / tindakan kita terhadap perkara-perkara
atau tugasan yang paling penting dahulu. Misalnya, jika kita
mempunyai
10 senarai tugasan / kerja pada hari ini dan dapat menumpu atau
menyelesaikan
2 tugasan yang paling penting atau paling tinggi pulangannya,
pencapaian
atau keberkesanan kita pada hari ini ialah 80%.
Jika rahsia
pengurusan masa ini dijadikan sebagai prinsip dan amalan hidup anda,
anda adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang berkecapaian
tinggi
- amat berkesan, cemerlang dan berjaya!
In sya-Allah.
(Hakcipta
Terpelihara) 2012, Taidin Suhaimin
TAIDIN
SUHAIMIN adalah penceramah
profesional antarabangsa dari Sabah, Malaysia dalam bidang pembangunan
diri, pengurusan dan komunikasi. Semenjak tahun 1993, ribuan peserta
dari
pelbagai lapisan dari lebih 200 buah organisasi di Asia Tenggara dan
Timur
Tengah telah mengikuti program-program latihan beliau. http://www.taidinsuhaimin.com
| Free
Motivational Tips
in Audio (MP3) By
Taidin Suhaimin |
|
|
|
 |
|
 |
| Great Quote |

|
|
|
Menghargai masa adalah menghargai
hidup kita sendiri. Mensia-siakannya adalah mensia-siakan hidup kita sendiri.
– Syamsi Ali
|
|

QUALITY EBOOKS
FOR DOWNLOAD
|
|
Motivation & Self-Improvement
|
|