| Artikel-Artikel
Motivasi Kejayaan Diri |
Matlamat jitu
merupakan asas dan kompas menjana kejayaan. Ianya merupakan tunjang pendorong,
agar kita tidak mengenal erti putus asa, kecewa dan malas berusaha. Kejayaan
dan kesenangan hidup hanya dapat dicapai melalui keberanian dan usaha gigih.
Itulah di antara pegangan Paul Getty, seorang billionaire
Amerika
Syarikat.
Menurutnya,
untuk mencapai kejayaan, kita perlu membuat dua perkara:
Pertama:
TETAPKAN
SATU MATLAMAT BESAR
Kedua: MENCAPAINYA
DENGAN PENUH KEBERANIAN!
Nasihat dan saranan
ini amat berguna kerana ianya datang daripada seorang yang amat berjaya
dalam perniagaannya. Paul Getty membuat kesimpulan ini berdasarkan pengalamannya
sebagai seorang usahawan yang bermula sejak dari peringkat bawah hinggalah
menjadi seorang billionaire minyak.
Sebelum mencapai
kejayaan, beliau terpaksa menghadapi pelbagai dugaan yang amat mencabar.
Namun, wawasannya yang besar serta semangat beraninya yang begitu tinggi
menjadi asas pemacu utama kejayaan Paul Getty. Beliau tidak mengenal erti
putus asa. Pelbagai kata-kata negatif dilemparkan kepadanya supaya memberhentikan
sahaja usahanya yang banyak mengalami kegagalan. Namun, semangat wajanya
tetap utuh.
Mencari telaga
minyak bukanlah suatu perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi ianya melibatkan
usaha pencarian dan penggalian yang memerlukan teknologi yang tinggi dan
semangat jitu. Pada masa itu, teknologi pencarian dan penggalian minyak
masih agak primitif. Namun, semangat menyala-nyala beliau yang sukar dipadamkan,
serta keberanian, usaha gigih dan keyakinannya yang begitu tinggi akhirnya
membawa kejayaan besar kepada Paul Getty dalam bidang perniagaan.
Beliau juga
telah meluaskan operasi perniagaannya dengan menjadi pengimport minyak
dari negara-negara Timur Tengah. Pengluasan perniagaannya dari segi geografi
juga adalah selaras dengan wawasan besar dan semangat berani beliau.
Daripada cebisan
kisah hidup Paul Getty ini dapatlah kita simpulkan bahawa:
-
Kejayaan tidak
akan tercapai jika kita hanya mengharapkan nasib.
-
Untuk mencapai
kejayaan, matlamat kita mestilah jelas; berani mencapainya dengan usaha
yang tidak mengenal erti penat lelah dan putus asa.
Click
here to email this page to a friend.
(Hakcipta
Terpelihara) 2008, Taidin Suhaimin
http://www.taidinsuhaimin.com
Taidin Suhaimin
adalah
salah seorang perunding motivasi terkemuka di Malaysia. Juga seorang penulis,
beliau telah menyampaikan program-program pembangunan sumber manusia di
lebih 150 organisasi di Malaysia, Singapura dan Brunei serta menerusi Radio
Sabah dan TV1 Malaysia.