|
Artikel
motivasi ini menjelaskan langkah-langkah,
cara-cara, kaedah-kaedah, strategi-strategi, teknik-teknik, tip-tip,
panduan-panduan mencapai matlamat / cita-cita dan
kejayaan yang
anda
inginkan.
Untuk
mencapai cita-cita atau matlamat anda dan berjaya dalam
kehidupan, anda mestilah membina suatu kebiasaan berdasarkan
langkah-langkah
yang telah terbukti keberkesanannya seperti berikut:
1.
Kenal Pasti Semua Keperluan & Keinginan Anda Sejelas-jelasnya
Duduk
dan tulis semua keperluan dan keinginan.. Tuliskan seberapa banyak keperluan-keperluan serta
keinginan-keinginan atau cita-cita anda. Apabila jumlahnya menjangkau
50 hingga 100,
suatu
bentuk perasaan atau semangat pada diri anda akan timbul. Teruskan.
Perasaan
inilah yang akan membarai semangat anda untuk terus ke hadapan untuk mencapai
kejayaan. Insya-Allah.
2.
Tetapkan dan Tuliskan Matlamat-Matlamat Anda
TULIS
matlamat-matlamat
atau cita-cita anda di atas sehelai kertas. Ini amat-amat penting
kerana jika anda
tidak
tulis, ia hanya akan menjadi angan-angan. Salinkannya ke dalam
Buku
Matlamat anda. Ini juga penting kerana dengan berbuat demikian, ia akan
menjadi
perkara yang penting bagi anda. Dengan berbuat demikian juga, ia akan
mula
meresap ke dalam minda separa sedar anda. Apabila ini terjadi maka anda akan
mula
sebati dengan matlamat anda. Hasilnya, anda tidak merasa selesa
selagi anda
belum mencapai matlamat anda. Dalam keadaan demikian,
anda ingin dapat mencapai matlamat atau cita-cita anda itu dengan
segera dan sebaik
mungkin.
3.
Tetapkan Tempoh dan Bila Anda Ingin Mencapai
Matlamat / Cita-Cita Anda
Kaji tahap
atau kedudukan anda sekarang berbanding
dengan apa yang anda inginkan. Kira dan tentukan berapa banyak masa
yang anda
perlukan untuk mencapai matlamat anda itu. TETAPKAN bila
matlamat
tersebut mesti anda capai.
4. Buat
Perancangan
RANCANGKAN
tindakan-tindakan anda. Senaraikan semua
aktiviti mengikut susunan keutamaannya. Dengan cara begini anda akan
lebih
yakin berapa lama masanya untuk anda mencapai matlamat atau
cita-cita anda serta
bila
matlamat anda itu akan anda capai. Perbaiki senarai aktiviti anda dari
semasa ke semasa;
optimumkannya, sempurnakannya.
5.
Gambarkan Kejayaan Pada Minda Anda
Letakkan
suatu Studio Filem di minda anda! Bayangkan
satu GAMBARAN MENTAL yang anda telah berjaya mencapainya. Buat imej
minda yang
jelas pada mata minda anda. Mainkan gambaran itu
berulang-ulang –
berkali-kali di fikiran anda.
Ingatlah bahawa: "Orang yang berjaya
dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan
menjurus kepadanya
tanpa menyimpang." - Cecil B. DeMille. Ingatlah juga
kata Mahatma Gandhi: Seseorang itu
adalah hasil daripada fikirannya. Apa yang dia fikir, itulah yang dia akan
menjadi".
6.
Tangani Halangan
1)
Kenal pastikan halangan-halangan yang perlu anda
atasi.
2) Tumpukan kepada usaha
mendapat bantuan; bantuan
yang anda perlukan untuk mencapai matlamat anda - misalnya
pengetahuan,
pakar-pakar, penasihat-penasihat atau badan-badan tertentu.
7. Baki
90% Adalah Usaha dan Keazaman Anda
Sokong
rancangan anda dengan KEAZAMAN (Resolve)
dan SEMANGAT TIDAK MENGENAL PUTUS ASA (Persistence). Tekadkan
semangat.
Tumpukan kepada mencapai kejayaan. Fokuskan segala perhatian dan tenaga anda
untuk
mencapai segala matlamat anda pada waktu yang anda sendiri tetapkan.
Bulatkan
hati dan fikiran. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap sebarang
cabaran.
Insya-Allah,
dengan diiringi doa, keazaman, disiplin yang tinggi serta usaha gigih,
anda
akan mencapai apa juga matlamat atau cita-cita yang impikan.
(Hakcipta
Terpelihara) 2012, Taidin Suhaimin
TAIDIN
SUHAIMIN
adalah penceramah
profesional antarabangsa dari Sabah, Malaysia dalam bidang pembangunan
diri, pengurusan dan komunikasi. Semenjak tahun 1993, ribuan peserta
dari
pelbagai lapisan dari lebih 200 buah organisasi di Asia Tenggara dan
Timur
Tengah telah mengikuti program-program latihan beliau. http://www.taidinsuhaimin.com
| Join Our
Mailing List! |
|
| Enter your email address in the box
below to receive an email each time we post a new article. Your Privacy is Guaranteed. We will
never give, lease, sell or otherwise disclose your personal information. |
|
|
|
|

|
|