| Kata-Kata
Bestari |
| Keyakinan
pada diri sendiri akan membuat kita lebih berkebolehan untuk meninggikan
daya pengeluaran. – Tun Dr. Mahathir Mohamad |
| Apabila sesuatu
bangsa tidak mempunyai kepercayaan kepada diri sendiri, maka sudah tentu
bangsa itu akan kekal dalam kehinaan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad |
| "Berani kerana
benar, takut kerana salah." - Peribahasa Melayu |
Earn
BIG $$$$$
With
PAID SURVEYS!
Cell
Phone Cash!
|
 |
| Artikel
Motivasi Kejayaan Diri |
Pengertian Keyakinan
Keyakinan
ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan
bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala
cabaran yang dihadapi dengan jayanya.
Kepentingan Membina Keyakinan
Diri
Kebolehan
anda mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak
dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Ini bermakna lebih yakin anda pada
diri anda serta masa hadapan anda, lebih terbukalah kejayaan untuk anda.
Jenis-Jenis Keyakinan
Pada hemat
saya, terdapat 4 jenis keyakinan utama yang perlu kita miliki:
-
Keyakinan diri
terhadap Tuhan dan KeesaanNya
-
Keyakinan terhadap
diri sendiri
-
Keyakinan diri
sendiri terhadap orang lain
-
Keyakinan orang
lain terhadap diri sendiri
Punca-Punca Utama Ketidakyakinan
Diri
-
Kurang pengetahuan,
pengalaman dan pendedahan
-
Tidak mempunyai
matlamat yang jelas dalam hidup
-
Tidak mempunyai
prinsip hidup yang mantap
-
Kurang kemahiran
dan persediaan
-
Suka bergaul dengan
orang-orang yang berfikiran negatif atau dilahirkan di kalangan orang-orang
yang pesimis
-
Kemiskinan (Idea
& Sains Kejayaan Hidup)
-
Berpenyakit kronik
atau badan kerap kurang cergas / sihat
Petanda-Petanda Orang yang
Kurang Keyakinan Diri
Kurang senyum
Risau dan kelihatan
risau
Gugup dan kelihatan
gugup
Kurang berinteraksi
Malas bekerja
atau berusaha
Bersikap meminta-minta
Mudah putus asa
Suka gossip dan
mengumpat
Defensif dan pemarah
Mudah berbohong
Keajaiban
Keyakinan Diri
Kejayaan
datang kepada mereka yang dapat mengendalikan kehidupan dengan yakin dan
cemerlang.
Kisah Keyakinan
Diri Joan of Arc amat menarik perhatian saya. Joan of Arc
pada umur 17 tahun, seorang pengembala kambing biri-biri yang miskin di
Perancis, amat percaya yang ia telah mendapat ilham dari Tuhan bahawa beliau
harus mengetuai bala tentera Perancis untuk menentang tentera-tentera Inggeris
yang amat sukar dikalahkan. Tentera-tentera Perancis telah kehabisan idea
tentang bagaimanakah lagi cara menepis serangan-serangan serta mengalahkan
tentera-tentera Inggeris. Kerana terlalu kekalutan, mereka telah merayu
kepada sesiapa sahaja di kalangan rakyat Perancis untuk tampil ke hadapan
memberi idea tentang bagaimanakah lagi cara menentang tentera-tentera Inggeris.
Joan of
Arc seorang gadis yang masih amat muda itu telah tampil ke hadapan
dengan keyakinan yang begitu tinggi, berapi-api - amat yakin sekali
- seyakin-yakinnya! bahawa ia telah mendapat ilham dari Tuhan yang
dia sahajalah yang akan dapat memimpin bala tentera Perancis bagi mengalahkan
tentera-tentera Inggeris. Keyakinannya yang sungguh kental dan mengkagumkan
itu telah memberi harapan baru kepada pucuk pimpinan tentera Perancis.
Beliau telah diberi tugas berat; mengepalai tentera Perancis yang sedang
menghadapi kebuntuan dan kemelut itu!

Keyakinan
si gadis lidi yang tidak dapat dipertikaikan lagi itu telah menyemarakkan
semangat seluruh tentera dan rakyat Perancis. Dengan keyakinan dan pimpinan
Joan
of Arc, mereka telah mendapat semangat dan tenaga baru untuk menyerang
balas dan menggempur tentera-tentera Inggeris dengan strategi peperangan
yang berbisa serta keyakinan dan semangat juang yang tidak terperi tingginya!
Ini telah amat meNGEJUTKAN tentera-tentera Inggeris sehingga hilang arah,
kekuatan dan semangat walaupun jumlah mereka lebih ramai daripada tentera-tentera
Perancis - kelamkabut serta bertempiaran tentera-tentera Inggeris! Lantas,
Perancis meraih kemenangan besar!
Inilah bukti
KEAJAIBAN keyakinan diri!
Orleans,
1429
| This battle
of the hundred years war might also be known as 'How the English were
beaten by a small girl'. The English, after winning at Agincourt in
1415, were in possession of large portions of Northern France including
Paris. The English conquest of France seemed inevitable and so they began
the siege of Orleans, the city being a 'gateway' to southern regions. The
legend of Joan of Arc was born when a young 17 year old maid took upon
herself the task of leading a French reprieve of Orleans. Accounts of Joan
and the events that lead to her appointment as the leader of an army are
littered with myth and religious overtones, she was seen as an angel or
a saviour from heaven, men could not understand how she was able to command
such respect and loyalty from the troops. She led a relief force, with
food and supplies, to Orleans and, once there, led an attack against the
English camps outside of the city. Guerrilla style tactics were used, small
attacks in different locations, splitting up the English forces and making
them more vulnerable. Soon the English siege was broken despite the fact
that they had outnumbered the French defenders. |
A medieval
portrait of Joan of Arc.
|
An English
relief force was defeated almost to a man despite also outnumbering the
French led by Joan. Accounts of the battle once again speak of the French
being supported by angels and having a divine leadership. These victories,
combined with subsequent liberation of several French towns and cities
by Joan, led to Joan of Arc being forever remembered as a heroine of France,
her name and legend being equated with that of a saint or holy leader.
She was captured and burned at the stake by the English in 1430.
Spurious counter
argument...
Joan of Arc
never lived to enjoy her victories, we killed her.
The fact that
the leader of an army was eventually murdered cannot wipe out the victories
that the army had. The English were defeated soundly at Orleans. |
| Artkel ini
dipetik dari: British
Military Defeat
Lagi tentang:
Joan
of Arc
|
Click
here to email this page to a friend.
|
 |
 |
|
(Hakcipta
Terpelihara) 2009, Taidin Suhaimin
http://www.taidinsuhaimin.com
Taidin Suhaimin
adalah salah seorang perunding motivasi terkemuka di Malaysia. Juga seorang
penulis, beliau telah menyampaikan program-program pembangunan sumber manusia
di lebih 150 organisasi di Malaysia, Singapura dan Brunei serta menerusi
Radio Sabah dan TV1 Malaysia.
 |