 |
| Artikel
Motivasi Kejayaan Diri |
1. Motivasi Sebagai Pengarah
Tuju
dan Penggerak Tindakan
Perkataan
MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - "MOTIVATION".
Perkataan asalnya ialah "MOTIVE" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu
/ Bahasa Malaysia kepada MOTIF, yakni bermaksud TUJUAN. Di dalam surat
khabar,
kerap pemberita menulis ayat "motif pembunuhan". Perkataan motif di sini
boleh kita fahami sebagai sebab atau tujuan yang mendorong sesuatu pembunuhan
itu dilakukan.
Jadi, ringkasnya,
oleh kerana perkataan motivasi adalah bermaksud sebab, tujuan atau pendorong,
maka tujuan seseorang itulah sebenarnya yang menjadi penggerak utama baginya
berusaha keras mencapai atau mendapat apa juga yang diinginkannya sama
ada secara negatif atau positif.
Oleh itu,
kita boleh definisikan bahawa:
1. Motivasi
adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya
sama ada secara negatif atau positif.
2. Motivasi Sebagai Pendorong
Tujuan atau
motif adalah sama fungsinya dengan matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat
atau cita-cita. Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan atau keperluan
seseorang itu malah bagi sesebuah negara merupakan pendorong utama yang
menggerakkan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajatkan.
Lebih penting
sesuatu yang ingin dicapai, dimiliki, diselesaikan atau ditujui, lebih
serius dan lebih kuatlah usaha seseorang, sesebuah keluarga, organisasi,
masyarakat atau negara untuk mencapai apa juga matlamat yang telah ditetapkan.
Jadi, dengan matlamat atau hasrat yang lebih penting atau besar, lebih
kuatlah pula dorongan atau motivasi seseorang itu untuk berusaha bagi mencapai
matlamatnya.
Oleh itu, bolehlah
kita buat kesimpulan di sini bahawa:
2. Motivasi
adalah suatu bentuk dorongan minda dan hati yang menjadi penggerak utama
seseorang, sesebuah keluarga atau organisasi untuk mencapai apa juga yang
diinginkan.
(Definisi
kedua saya di atas ada kesamaan sedikit dengan definisi pertama).

3. Motivasi Sebagai Darjah
Kesungguhan
Tahap kepentingan
sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap tahap kesungguhannya
berusaha. Sungguhpun masa untuk mencapainya agak lama, tetapi jika apa
yang dihasratkan itu amat penting, ia akan terus tetap mempunyai keinginan
atau kesungguhan untuk berusaha sehinggalah matlamatnya tercapai.
Oleh itu, bolehlah
juga kita buat kesimpulan di sini bahawa:
3. Motivasi
adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang, berusaha
untuk mencapai tujuan atau matlamat.
4. Motivasi Sebagai Stimulator
Untuk menjelaskan
maksud ini, saya ingin ambil kisah berikut:
Seseorang
lelaki dan wanita yang sedang saling amat cinta mencintai sehingga telah
berjanji untuk hidup bersama, akan berusaha dengan penuh kesungguhan untuk
menjadi suami isteri walaupun menghadapi pelbagai halangan untuk berbuat
demikian. Itulah sebabnya, ramai pasangan yang kita dengar pergi bernikah
ke luar negara apabila ada halangan yang tidak membolehkan mereka mendapat
sijil perkahwinan di dalam negara atas sebab halangan undang-undang. Seperti
kata pepatah Melayu "Nak, seribu daya. Tak nak, seribu dalih."
Di sini dapatlah
kita simpulkan bahawa:
4. Motivasi
adalah stimulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan terhadap
sesuatu yang benar-benar diingini.
 |
| Taidin Suhaimin sedang mengendalikan
Program Motivasi untuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia pada
2-3 Jun 2009. |

5. Motivasi Sebagai Pemangkin
Keberanian
Untuk menjelaskan
maksud ini, saya ingin menceritakan sedikit pengalaman saya semasa kanak-kanak
dahulu. Semasa saya baru berusia kira-kira 10 tahun, saya amat takut berada
di tempat gelap, sebab takut akan "terjumpa hantu". Amalan di kampung saya
terutamanya pada tahun-tahun 60an dan 70an ialah apabila seseorang ahli
keluarga meninggal dunia, pada rumah orang yang meninggal dunia itu hendaklah
ada orang yang tidak tidur atau berjaga sampai pagi, selama tujuh hari.
Amalan ini dipanggil "modtudau".
Suatu hari,
ada kematian di kampung saya. Masa itu, banyak cerita tentang "hantu
bangkit" di tempat kelahiran saya (Kundasang, Ranau, Sabah - Kini
Kundasang adalah sebuah pusat peranginan yang terkenal di rantau ini).
Kerana minat "modtudau", saya tidak melepaskan peluang untuk "modtudau"
bersama.
| Rumah
kami jaraknya lebih kurang 500 meter dari rumah jiran kami itu yang ada
kematian. Apabila malam semakin larut, saya mula rasa mengantuk. Tiba-tiba
saya rasa nak balik rumah sangat. Waktu itu bekalan elektrik belum ada.
Kerana takut terjumpa
hantu, saya telah cuba mencari jika ada sesiapa
yang nak balik rumah mereka agar dapat menemani saya pulang, tetapi, nampaknya
tak ada seorangpun yang nak balik. |
 |
 |
| (Kundasang
- Terletak Di Bawah Kaki Gunung Kinabalu - Gunung Tertinggi Di Asia Tenggara
- 13,455 Kaki) |
|
Yang nak balik,
sudah balik awal. Yang tak nak balik rumah, ada yang sudah tidur atas lantai.
Pada masa yang sama, saya juga malu minta tolong hantar pulang kerana saya
pergi ke rumah jiran itupun sebenarnya tidak ada sesiapa yang menjemput.
Ibu bapa saya pun tak tahu. Ingatkan nak pergi sekejap sahaja.
| Oleh
kerana rasa tak selesa tidur di rumah orang lain, dan takut pula dimarahi
ibu bapa, saya terus memberanikan diri balik seorang diri. Mula-mula jalan,
OK - (takut juga tetapi masih terkawal). Sampai di pertengahan jalan, tiba-tiba
saya terasa macam ada sesuatu di sebelah kiri saya - seperti lembaga hitam
besar. |
 |
 |
| Kinabalu Pine Resort, Kg. Sinisian,
Kundasang, Ranau, Sabah, Malaysia |
|
Saya terus
sangat terkejut dan takut. Apa lagi….. sayapun memecut lari seperti lipas
kudung - sekuat-kuatnya menyelamatkan diri ... badan dan mukapun
rasa amat pucat dan sejuk, bulu romapun naik! Taaakut sangat! Sampai
rumah - dalam keadaan amat seram, saya berteriak.. AMAAAAAAAK IWANGAII
ILO NONGOBOOONNN (Bahasa Ibunda saya) atau MAAAK BUKA PINTUUUUU!!!.
Terdengar
suara ketakutan dari saya, mak saya cepat-cepat buka pintu! Mungkin masih
berjaga - dan tak dapat tidur kerana risau tentang diri saya. Oleh kerana
terlalu takut dan tercungap-cungap, ibu saya yang mungkin tadinya risau
dan marah, cepat-cepat mententeramkan saya.
Itulah
salah satu daripada pengalaman-pengalaman saya semasa kanak-kanak yang
saya tak dapat lupakan; kerana teringin sangat nak balik rumah, dalam keadaan
takut-takut pun tetap nak pulang rumah, akhirnya memberanikan juga balik
seorang diri walaupun dalam keadaan gelap.
Apa yang boleh
saya rumuskan di sini berasaskan pengalaman saya itu ialah; apabila
kita betul-betul dan benar-benar inginkan sesuatu, ketakutan atau kemalasan
menjadi perkara kedua - mencapai matlamat akan menjadi perkara utama; keberanian,
kerajinan dan ketekunan akan timbul.
Oleh itu,
bolehlah kita simpulkan atau definisikan di sini bahawa:
5. Motivasi
adalah suatu mangkin yang menimbul dan menyeramakkan keinginan, keberanian
dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat mencabar yang benar-benar
diingini serta diyakini boleh dicapai / perolehi.
(Definisi
kelima ini pula ada kesamaan sedikit dengan definisi keempat).

Kritikan
Terhadap Pendapat Tentang Motivasi
Ramai ahli
psikologi yang menyatakan bahawa, apabila sesuatu matlamat sudah tercapai,
ianya tidaklah berfungsi lagi sebagai pemotivasi. Ini kerana, bila yang
diinginkan sudah tercapai, ia akan berpuas hati dan tidak lagi menjadi
perangsang kepadanya; ianya tidak lagi menjadi sesuatu yang mendorong atau
memotivasikan dirinya untuk terus berusaha mendapatkannya.
|
 |
 |
| Pusat Latihan Telekom di Kundasang,
Ranau, Sabah, Malaysia |
|
Saya
agak kurang bersetuju dengan pendapat atau konotasi ini. Sesuatu yang dahulunya
menjadi pemotivasi - sebelum kita miliki, sebenarnya masih berperanan sebagai
pemotivasi. Misalnya, seorang yang sangat kepingin memiliki suatu kereta
(mobil) idaman; cita-cita tercapai; walaupun membelinya secara ansuran,
apakah apabila dengan sudah memiliki kereta idaman, kereta idaman itu tidak
lagi menjadi salah satu pemotivasinya? Pada hemat saya, ia masih tetap
sebagai pemotivasi tetapi dalam bentuk lain yakni; misalnya, motivasi untuk
memastikan kereta idamannya itu tetap bersamanya atau terus dimilikinya
dengan membuat bayaran ansuran bulanannya secara konsisten.

Jadi,
pendapat yang mengatakan "a satisfied need doesn't motivate", boleh
dipertikaikan. A satisfied need, in actuality still has its motivational
functions. The motivational functions shall be: to nurture
and sustain what is or are being possessed or hold so long as they are
needed.
Semoga definisi-definisi
motivasi yang dipaparkan di atas itu dapat sedikit sebanyak membantu anda
dalam usaha anda memahami dengan lebih mudah makna atau erti perkataan
motivasi.
Terima Kasih.
Semoga kita semua sentiasa dalam keredhaan Allah.
More
Articles

Click
here to email this page to a friend.
(Hakcipta
Terpelihara) 2009, Taidin Suhaimin
http://www.taidinsuhaimin.com
Taidin
Suhaimin adalah penceramah dan fasilitator profesional dari
Sabah, Malaysia dalam bidang kepimpinan dan pembangunan diri yang berpengalaman
di peringkat antarabangsa.
|
 |